Sir Alex Ferguson akhirnya melengkapkan kerjayanya di
Old Trafford dengan kejayaan yang gemilang. Seorang genius yang memimpin
Manchester United selama 27 tahun membuatkan dirinya sukar untuk dilupai oleh
peminatnya.
May 13, 2013
April 25, 2013
Kerana Mengigit
Akibat aksi
mengigit..….penyerang prolific Liverpool..Luis Suarez menerima hukuman dari FA
Inggeris semasa game Liverpool vs Chelsea di Anfield yang berkesudahan seri
2-2. Luis Suarez dihukum 10 perlawanan tidak bermain bersama Liverpool iaitu
empat game terakhir musim ini dan enam game awal musim baru.
Luis Suarez digantung 10 game kerana aksi mengigit pemain
pertahanan Chelsea iaitu Branislav Ivanovic. Pada perlawanan ini, Luis Suarez
tidak menerima hukuman dari pengadil perlawanan namun dirinya tidak terlepas
selepas Branislav Ivanovic mengadu kepada pegawai perlawanan dan selepas
meneliti aksi ulang tayang ianya dinyatakan benar.
![]() |
| Aksi Luis Suarez |
Kontroversi yang
dilakukan oleh Luis Suarez sememangnya agak keterlaluan sebagai seorang pemain
professional…mengwujudkan isu perkauman dengan pertahaan Manchester United
iaitu Patrice Evra, menendang pemain Tottenham Hotspurs iaitu Scott Parker dan
aksi mengigit pemain PSV Eindhoven iaitu Otman Bakkal semasa bermain bersama
Ajax sebelum ini.
April 24, 2013
Kejuaraan Ke 20
Gelaran kejuaraan Barclay Premier League
2012-2013 akhirnya menjadi milik Manchester United yang mengenggam kejuaraan
ini untuk kali ke 20. Dengan baki perlawanan yang hanya tersisa empat
perlawanan lagi iaitu menentang Arsenal (A),Chelsea (H) , Swansea City (H) dan
West Bromwich Albion (A),kemenangan menentang Aston Villa dengan score 3-0
melalui hatrick Robin Van Persie cukup untuk menentukan kejuaraan BPL untuk
Manchester United yang meninggalkan percabar terdekatnya Manchester City dengan
unggul 16 mata.
Kejuaraan yang dimiliki untuk musim ini juga
sememangnya cukup menarik dimana dengan membawa Robin Van Persie pada awal
musim kini berbaloi dengan apa yang ditampilkannya bersama The Red Devils.
Dengan harga 24 juta pound, Robin Van Persie akhirnya membantu Manchester
United mengenggam kejuaraan kali ke 20 di Premier League Inggeris yang tidak
pernah dimilikinya saat bersama The Gunners (Arsenal) selama lapan tahun berada
di Emirates. Kini Robin Van Persie juga menjadi top scorer di Premier League
dengan 24 gol.
Glory..Glory Man United…
March 15, 2013
Rooney diintai lagi !
Wayne Rooney kini mula menjadi
perhatian kelab kaya dari Stade Ligue One iaitu Paris Saint Germain. Walaupun
Sir Alex Ferguson mengatakan tidak akan melepaskan Wayne Rooney namun ianya
bukan menjadi penghalang buat Leonardo,Pengarah Bolasepak PSG untuk melobi
penyerang Manchester United ini. Paris Saint Germain yang kini berkeemungkinan
akan kehilangan Zlatan Ibrahimovic pada musim depan dikatakan memanfaatkan
situasi terkini Wayne Rooney di Old Trafford ddimana bersiap untuk melakukan
penawaran fantastik bagi mendapatkan tandatangan Rooney. Suatu tawaran yang
pasti sukar untuk ditidakkan oleh Manchester United.
Paris Saint Germain merupakan
sebuah kelab yang memiliki dana yang besar dan Leonardo adalah salah seorang
pelobi yang terkenal untuk mendapatkan pemain-pemain kelas dunia . Antara
bintang yang berjaya di bawa ke Parc dess Princes oleh dirinya seperti Zlatan
Ibrahimovic, Thiago Silva, Lucas Moura,Thiago Motta dan terbaru David Beckham.
PSG akan menguji kewibawaan Manchester United MU
untuk terus menahan Wayne Rooney. Sejak kebelakangan ini, Wayne Rooney seakan
tidak menjadi pilihan untuk menjadi starter bagi The Red Devils.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.





