August 28, 2010

INFO: Keunikan Pulau Sipadan

 
• Destinasi kelima selam skuba terbaik dunia.


• Pulau kecil hanya lima kilometer panjang dan dua kilometer lebar ini dihuni lebih 3,000 spesies ikan dan 100 terumbu karang.


• Pulau Sipadan adalah satu-satunya pulau lautan dalam yang terletak di atas pelantar terumbu karang berteras pasir memuncak di atas cerun dasar lautan dengan kedalaman sehingga 600 meter.


• Kepelbagaian hidupan marin yang memang luar biasa dalam kualiti dan kuantitinya tidak jauh berubah sejak ia pertama kali ditemui pada akhir 1980-an.


• Lazimnya pelancong yang mahu menjalankan aktiviti selam skuba akan menetap di pusat peranginan di pulau sekitar seperti Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Makating sebelum ke Sipadan.


• Pengunjung dilarang berada lama di Pulau Sipadan bagi menjaga ekosistem dan kebersihan pulau.

• Pengunjung perlu beredar sebelum jam 6 petang atau lebih awal.


• Bagi memastikan warisan alam itu terus dijaga dan tidak terjejas oleh kerakusan manusia, dalam sehari hanya 120 penyelam skuba saja dibenarkan meneroka keindahan pulau yang diuruskan Sabah Park.

• Pulau Sipadan juga menjadi tempat persinggahan penyu sisik dan belimbing untuk bertelur.


• Pulau ini juga diisytihar sebagai santuari burung pada 1933, selepas menjadi tempat persinggahan burung yang berhijrah dari negara lain.

No comments:

Powered by Blogger.

nuff