October 12, 2010

Doa Pembuka Majlis


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Alhamdulillahi rabil ‘alamin, hamdan na’imin, hamdan syakirin, hamdan yukafi wani’imahu yukafi maziidah, , Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad wa’ala a lisayyidina Muhammad.



Ya Allah ya Tuhan kami
Kami merafak sembah
Memohon restuMu,memohon keberkataanMu
Memohon inayah keredaanmu.

AGAR DIKAU
Pertautkan jalinan hati kami
Dalam ikatan yang sungguh muhibah
Rapatkan saf hidup kami
Dalam satu jemaah
Tegap dan berhemah.

Jadikan gerak langkah kami
Kuat dan teguh
Tegakkan usaha amalan kami
Berkekalan dan bersungguh-sungguh

YA ALLAH YA TUHAN SERU SEKALIAN ALAM

Limpahkan hidup kami
Di bawah lindunganMu
Kurniakan hati kami
Bersih dan aman selalu

YA RAHMAN YA RAHIM YA ARHAMARRAHIMIN

Peliharalah kami.. kasihanilah kami
Bimbinglah kami..
Kami Pohon...

Kurniakanlah kami kemudahan
Bukan kesusahan
Limpahkan kami kesihatan
Bukan keuzuran
Limpahkan kami sifat pemurah
Bukan kebakhilan
Dan Kurniakanlah kami kemuliaan
Bukan kehinaan.

YA MUKALIBBAL KULUB..

Harumkan jiwa kami
Sewangi rahmatmu
Taburkan bunga-bunga nikmat
Pada majlis yang indah ini

Ampunilah kami
Jika ada dosa yang telah kami lewati
Mungkin tidak kami sedari
Walau besar menggunung tinggi
Atau kecil diukur jari
Semoga doa yang kami angkat
Sentiasa diredai dengan berkat..

RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WAZZURRIYATINA QURRATA’YUNI WAJ’ALNAA LIL MUTTAQI NAIMAMA..


RABBANA ATINA FIDDUNIA HASANAH
WAFILAKHIRUTIHASANAH
WAQINA AZABANNNAR..

WASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH

No comments:

Powered by Blogger.

nuff